Sejenak

Tuesday, April 29, 2014

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!



Lyric Tanggal 31/31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!

Proses Pilihanraya di Malaysia



Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

seterusnya... rujuk dibawah

Sejarah Kerajaan Melayu Awal



video ini menerangkan tentang sejarah kerajaan melayu awal. semoga mendapat manfaat bersama

Sajak Patriotik: Memahami Patriotisme

PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci